Powered by Blogger.

Pages

RSS

TAJUK PERTAMA : KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep
kendiri meliputi persepsi temntang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya
dan juga perasaan tentang kebolehan nya meliputi keyakinan dan hrga dirinya.
Carl Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang cirri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep
kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats ( 1963 ) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu;
i.tanggapan diri seseorangindividu.
ii.proses yang menentukan tingkahlaku seseorang individu.
Menurut Sharifah Alawiah ( 1987 ) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOALAN LATIHAN KELAS ADAB

1. Senaraikan ciri-ciri tingkahlaku sebagai seorang pelajar? bagaimanakah untuk membentuk tingkahlaku yang baik?

2. Apakah maksud konsep kendiri? berikan cara untuk membentuk konsep kendiri positif?

3.Terangkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar si sekolah?

4. Bagaimanakah caranya untuk membuat penyesuaian diri yang baik di asrama?

5. Berikan pengertian tingkahlaku aktif, pasif,asertif dan agresif?

6. Buat satu tugasan ringkas berkaitan tajuk " adab dalam Islam"

7. Senaraikan tajuk tugasan dan buat di atas kertas A4 ( BERTAIP).

8.Hantar tugasan sebelum 30 Februari 2012 di bilik kaunselor 2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGUMUMAN..UNTUK KELAS ADAB KAT-1 2012


Assalamualaikum..bagi pelajar tingkatan 1, kelas adab untuk KAT-1 akan diadakan setiap hari jumaat, dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Surau Al-Israq, MRSM Terendak yea.. cikgu harap semua ada di sana dan tiba tepat pada masanya. Siapa lambat kena denda.tq..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEGARKAN MINDA..JOM LAYAN LAGU BEST!!

lagu ini ditujukan buat semua rakan-rakan saya. Best tak? (^_^)

p/s : perjalanan kita masih jauh....huhuhu...semoga Allah kuatkan langkah kita bersama..Amin..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEMAHAMI KONSEP ASAS DAN CIRI -CIRI E-KAUNSELING


Menurut Akta Kaunselor (1998), kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Hubungan menolong ini dilakukan bagi menghasilkan perubahan dan perkembangan peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat. Kaunseling adalah berbeza dengan penasihatan atau bimbingan. Ianya merupakan modaliti menolong yang lebih profesional dan memerlukan latihan klinikal dan penyeliaan rapi.

Proses menolong ini melibatkan interaksi sekurang-kurangnya dua orang. Dalam terma kaunseling orang yang menolong digelar kaunselor dan orang yang ditolong digelar klien. Kaunselor bertindak membantu klien meneroka aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri, situasi dan pilihan-pilihan yang ada padanya (Amir, 1987; Sharf, 2000; Tang Chee Yee, 1989).
Konsep asas perkhidmatan kaunseling ialah penglibatan kaunselor dan klien dalam ruang fizikal yang sama. Bagaimanapun, konsep ini mula berubah apabila sebahagian kaunselor mula melihat potensi teraputik dalam ruang internet sebagai peluang dalam memperluaskan perkhidmatan mereka (Murphy & Mitchell, 1998). Proses kaunseling tidak lagi terhad kepada pertemuan dua mata di dalam sebuah bilik. Perkhidmatan e-kaunseling membolehkan klien tidak lagi perlu berada di hadapan kaunselor, di dalam bilik yang sama dan pada masa yang sama (Griffith & Cooper,2003; Laszlo et al., 1999). Talian internet kini telah menjadi penghubung kaunselor dan klien yang berada di ruang yang berbeza (Bloom,1998; Hall, 2004; Sanders & Rosenfield, 1998; Tait, 1999).


Definisi e-kaunseling yang diberikan oleh British Association for Counseling and Psychoterapy ialah satu proses kaunseling alternatif yang berlaku di alam maya berasaskan teks dalam internet samada melalui emel atau ruang sembang (Bloom, 1998; Hall, 2004; Sanders & Rosenfield, 1998; Tait, 1999). Definisi rasmi National Board for Certified Counselors (1997) ialah satu proses kaunseling profesional yang wujud apabila klien dan kaunselor berada dalam tempat berbeza dan menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi.
Kosep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien dan kaunselor yang berada dalam lokasi yang berbeza dan menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi (Ainsworth, 2001; Bloom, 1998).


Konsep E-kaunseling

Kedua-dua pendekatan menggunakan konsep asas yang sama tetapi menggunakan medium yang berbeza. Ia melibakan proses interaksi antara klien dan kaunselor bertauliah untuk mencapai kesejahteraan klien. Medium yang digunakan berbeza kerana kaunseling bersemuka bertemu klien secara langsung dalam ruang yang sama sedangkan e-kaunseling pula menggunakan telian internet sebagai penghubung antara klien dan kaunselor yang berada di dua lokasi berbeza.

Grohol (1999) menyatakan bahawa e-kaunseling adalah satu kaedah baru dalam perhubungan menolong. Ia menggunakan kelebihan internet yang menghubungkan kaunselor dan klien secara synchronous dan asynchronous. Selain talian internet itu sendiri, peralatan komputer yang semakin canggih membolehkan sesi e-kaunseling dilakukan secara video-konferens, ruang sembang (Chat), e-mel mahupun Avatar Chat. Bagi Grohol (1999), kemahiran menolong adalah satu kontinum dari pendekatan kaunseling konvensional ke arah e-kaunseling.


Proses dan peringkat sesi e-kaunseling.
Dalam kaunseling bersemuka terdapat beberapa peringkat dalam sesi kaunseling. Antara proses kaunseling yang terkenal ialah yang diperkenalkan oleh Bremmer pada 1973 (Tang Chee Yee, 1989). Bremmer menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyai 8 peringkat.


Lapan peringkat tersebut ialah;

1.Penyediaan dan kemasukan
2. Penjelasan kenapa klien perlu sesi kaunseling
3. Menstruktur dan merangka proses kaunseling
4. Perancangan alternatif
5. Membina hubungan
6. Penerokaan masalah
7. Pengukuhan ketika klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru
8. Penamatan


Tang Chee Yee (1989) mencadangkan rantaian proses kaunseling adalah seperti berikut:
Terdapat
PENEROKAAN - PERBINCANGAN ALTERNATIF - RUMUSAN DAN PENAMATAN SESI



Terdapat banyak lagi proses kaunseling yang boleh digunapakai. Antaranya ialah Eisenberg & Delaney (1977), Lewis (1972 dan Carkhuff (1969). Kesemua aliran proses kaunseling ini boleh digunapakai dalam e-kaunseling. Ini kerana ramai pengkaji menyatakan bahawa e-kaunseling boleh mengamalkan proses kaunseling yang serupa dengan kaunseling bersemuka (Fenichel et al, 2002; Griffith & Cooper, 2003; Kasket, 2005; Murphy & Mitchell, 1998; Sanders& Rosenfield, 1998).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROGRAM ORIENTASI FORM 2 DAN FORM 5 3-4/1/2012








Gambar ni kena rotate utk tgk sbb saya mengalami masalah teknikal upload gambar secara normal..insyaAllah, saya akan upload lagi gambar program yang akan datang.. Sedikit perkongsian ilmu tentang program ini :
1. Menekankan pengisian kerohanian dengan menggunakan slide dan video ibu bersalin, video Kejayaan pelajar cemerlang, video peperangan di Palestine dan banyak lagi..Aktiviti LDK secara aktif dan pelajar juga banyak melalukan aktiviti berbanding slot ceramah. Pelajar juga diterapkan dengan dorongan motivasi yang tinggi..InsyaAllah, kelihatannya semua happy dan enjoy sahaja.. (^_^)
2. Moderator adalah Penolong Pengarah bahagian Korporat MARA, yang mengendalikan program secara keseluruhannya.. Merupakan seorang moderator dan pakar motivasi, malah menerbitkan buku motivasi sendiri di pasaran..
3.Pelajar-pelajar memberikan 100% kerjasama dan program ini mencapai objektif 97%...
4.Pengisian slot muhasabah yang dikendalikan oleh Ahmad Jowel Noh, Kaunselor PDRM Petaling jaya..moderator bersama adalah abang Bob iaitu pembantu Tuan Haji Hushim Salleh, pakar kaunselor keluarga dan motivasi terkenal di Malaysia..
Kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk menggunakan khidmat konsultan JDM Imtiyaz Consutancy ini, Boleh lah menghubungi saya di talian 0122304440 (ofis hour sahaja)..terima kasih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROGRAM UNIT BIMBINGAN KAUNSELING BULAN JANUARI 2012

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, selesai sudah program re-orientasi, dan program sahsiah tingkatan 5 yang diadakan di Kem Lambaian Danau, Jasin.. Program tersebut bermula pada petang Jumaat dan berakhir pada Ahad tengahari. Saya dapat rumuskan di sini pelajar-pelajar sangat gembira dengan program tersebut, kerana program ini diadakan lebih awal iaitu pada awal tahun berbanding tahun sebelumnya. Okey, saya akan update program terbaru pada masa akan datang.Selamat menyambut cuti Happy New Year minggu depan...dan UBK Terendak akan berprogram lagi untuk minggu orientasi 2012...Menyambut kehadiran pelajar baru tingkatan 1 dan pelajar baru tingkatan 4.. Welcome to MRSM Terendak.. (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS