Powered by Blogger.

Pages

RSS

TAJUK PERTAMA : KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep
kendiri meliputi persepsi temntang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya
dan juga perasaan tentang kebolehan nya meliputi keyakinan dan hrga dirinya.
Carl Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang cirri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep
kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats ( 1963 ) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu;
i.tanggapan diri seseorangindividu.
ii.proses yang menentukan tingkahlaku seseorang individu.
Menurut Sharifah Alawiah ( 1987 ) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: