Powered by Blogger.

Pages

RSS

TAJUK 2 : PSIKOLOGI PERSONALITI

Pengenalan

Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza – beza, maksudnya tidak ada individu yang benar – benar sama dari sifat – sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza. Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain. Definisi PersonalitiPersonaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu. Faktor Yang Mempengaruhi PersonalitiPersonaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya ialah :Perwarisan,Pengalaman.Budaya.PerwarisanKajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.PengalamanPersonaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak – kanak adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal kerana ibu – ibu menghabiskan banyak masa dengan anak – anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak – anak dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak – anak mereka. Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, dimana tidak kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak – anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak – anak mereka akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.Ibu bapa kucar – kacir dan anak – anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak – anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar – kacir lebih cenderung menghasilkan anak – anak yang tidak gembira.Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa untuk memberi arahan dan anak – anak hanya menerima arahan) atau demokratik (dimana anak – anak diberi kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak – anak.BudayaTingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli – ahlinya yang baru. Anak – anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka yang terdekat dengan mereka. Faktor – faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun sosial boleh membentuk personaliti ahli – ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik, komuniti dan malahan kelompok sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti. Teori Humanistik Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi. Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar – pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk personaliti seseorang. TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERSLatar Belakang Carl RogersDilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: