Powered by Blogger.

Pages

RSS

Rahsia tarikh lahir




Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)


1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach



2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster



4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis

Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.



6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KECERDASAN EMOSI: SATU PENGENALAN


Pengenalan

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi46. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.

Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan sejahtera dalam hidup.



Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
Sejak Goleman47 menerbitkan bukunya yang berjudul “The Emotional Intelligence”, ramai pengkaji mula menunjukkan minat terhadap penyelidikan di bidang yang baru ini. Para pengkaji cuba memahami bagaimana kecerdasan emosi dapat bergabung tenaga dengan kecerdasan akal bagi menentukan kejayaan dan keharmonian sesebuah kehidupan manusia.
Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.
Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini 48. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-
• Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
• Mengungkapkan dan memahami perasaan
• Mengendalikan amarah
• Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
• Kemampuan untuk menyesuaikan diri
• Disukai oleh orang lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
• Semangat setiakawan
• Keramahan
• Sikap hormat-menghormati

Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.



Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi49, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-
• Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
• Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
• Berbicara dan mendengarkan secara efektif
• Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
• Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
• Berempati antara satu sama lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
• Mengatasi konflik
• Membangkitkan rasa humor atau jenaka
• Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
• Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
• Menjalin keakraban
Jika dilihat di dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyelidikan dan kajian tentang kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan ia tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 1983).
Pada kebiasaannya, beberapa andaian wujud di mana kemahiran-kemahiran sedemikian diperoleh oleh para pelajar melalui kurikulum terselindung yang disampaikan oleh guru-guru secara tidak langsung. Namun, terdapat beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dijadikan subjek utama bagi memenuhi perkembangan yang berkesan pelajar-pelajar di Malaysia.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini akan sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan emosi pelbagai etnik hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil lagi. Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan.
Menurut Patricks dan Furnham50, pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Namun, ia berbeza dengan pertimbangan jangkaan diri atau self-estimated di mana pelajar lelaki memiliki pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
Walau bagaimanapun, hasil kajian ini berbeza dengan yang diperoleh daripada Kyung Hee51. Pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam tiga faktor kecerdasan emosi iaitu empati, penggunaan emosi dan perhubungan sesama rakan sebaya.
Menurut Curtis52 pula, apabila emosi diajar dan ditekankan dengan pembelajaran yang berkaitan dengan kecerdasan emosi melalui kaedah rawatan, perubahan yang lebih baik dari keadaan sebelumnya berlaku dalam diri pelajar-pelajar. Perubahan berlaku walaupun pelajar-pelajar berada di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu kelas Pengajian Sosial/English Moden, kelas Psikologi dan kelas sukarelawan pelajar pintar. Menurut Curtis lagi, kelas bimbingan diadakan dan hasilnya wujud peningkatan dalam pengurusan emosi.

Ciri-Ciri Yang Membentuk Kecerdasan Emosi
Salovey dan Mayer53 mengatakan bahawa kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Gardner yang boleh dikategorikan kepada lima perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan mengendalikan hubungan.
Kesedaran diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan mengakui suatu perasaan sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu pengendalian perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di sebalik emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan marah dan juga sedih.
Motivasi diri pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat dorongan. Empati pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah satu pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial.
Menurut Mayer dan Salovey54 pula, kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan.
Menurut Young55, istilah kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau dan membuat diskriminasi di antara emosi sendiri dan emosi orang lain, di samping memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan seseorang itu.
Menurut Goleman56 pula, kecerdasan emosi secara spesifiknya, terdiri daripada empat konstruk penting. Konstruk-konstruk itu adalah kawalan diri, motivasi/kesedaran diri, pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Konstruk yang pertama adalah kawalan diri. Ia merujuk kepada kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelum melakukan sesuatu perkara.

Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.



Konstruk yang kedua pula adalah motivasi/kesedaran diri. Ia merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang untuk mencapai matlamat hidup. Konstruk yang seterusnya adalah pengurusan emosi. Pengurusan emosi merujuk kepada kemahiran menguruskan perasaan dan pembentukan konsep atau menyanjung diri. Konstruk yang terakhir adalah kemahiran sosial. Ia merujuk kepada kemahiran menjalinkan perhubungan atau persahabatan dengan orang lain seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran berunding.
Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang dimiliki oleh seseorang individu itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada ujian yang tepat bagi mengukur kecerdasan emosi seperti yang dilaksanakan untuk menguji dan mengukur kecerdasan intelektual. Menurut Elaine de Beauport57, terdapat tiga belas darjah kecerdasan. Tiga belas darjah kecerdasan ini dirangkumkan kepada tiga teori susunan otak (the tribune brain theory) iaitu neokorteks, sistem limbik dan reptilian kompleks yang mempunyai darjah kecerdasan yang berbeza di antara satu sama lain.
Darjah kecerdasan mengikut susunan otak neokorteks terdiri daripada empat bahagian. Bahagian yang pertama, rasional yang merupakan kebolehan untuk melihat sebab dan akibat, proses urutan deduksi, proses membuat rumusan dan kesimpulan. Bahagian kedua adalah hubungan dan pertalian. Ia merupakan satu kebolehan melihat secara rambang, meluaskan maklumat melalui pertalian rambang secara keseluruhan dan melihat hubungan antara maklumat dan bahan. Bahagian ketiga pula, visual atau imaginal yang merupakan satu kebolehan untuk melihat secara bayangan dan penggambaran. Sementara bahagian keempat adalah intituisional yang merupakan satu kebolehan untuk mengetahui dari pengalaman secara langsung dengan tidak menggunakan sebab.
Bagi darjah kecerdasan dari susunan otak limbik pula, ia terbahagi kepada enam bahagian. Bahagian pertama adalah afeksi. Ia merupakan kebolehan seseorang individu menghayati dan mengembangkan perasaan kejiranan dengan seseorang individu, tempat, benda mahupun idea.
Bahagian kedua pula adalah motivasi. Ia merupakan satu kebolehan yang menghampiri kemahuan atau kehendak seseorang individu dan mengetahui apa yang perlu dihampiri dan apa yang mahu diusahakan atau digerakkan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara.
Bahagian seterusnya adalah rasa hati. Ia merupakan satu kebolehan mencipta pelbagai suasana hati dan menukarkannya kepada suasana yang lain seperti suka-duka, cinta-benci, marah-sayang dan sebagainya. Bahagian keempat adalah mulut. Ia merupakan satu kebolehan menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan kawasan oral iaitu kawasan mulut.
Bahagian kelima pula adalah rongga hidung yang merupakan satu kebolehan menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan kawasan nasal iaitu kawasan hidung. Bahagian terakhir adalah dorongan keseksualan. Dorongan keseksualan merupakan satu kebolehan menyedari untuk menerima dan menunjukkan getaran yang boleh melahirkan tarikan.
Bagi darjah kecerdasan dari susunan otak reptillia kompleks pula, ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian yang pertama, asas. Bahagian ini merupakan satu kebolehan untuk melawan dan melari, meniru dan menghalang idea yang beralinan dan bertindak. Bahagian kedua pula adalah Rutin. Rutin adalah satu kebolehan mengenal, mencipta dan mengekalkan ulangan-ulangan irama (rhythm). Dan bahagian terakhir yang ada dalam susunan otak reptillia kompleks ini adalah kelaziman. Kelaziman merupakan satu kebolehan mengenal, mencipta dan mengekalkan irama yang ditimbulkan oleh seni, muzik, drama, pemikiran dan tindakan.
Apa yang telah dirumuskan semenjak tahun 1983 oleh Pengarah Penyelidikan Kognitif Universiti Harvard, Dr Howard Gardner58, terdapat tujuh jenis darjah kecerdasan. Darjah kecerdasan yang pertama adalah darjah kecerdasan linguistik. Ia merupakan satu kebolehan menggunakan bahasa, makna perkataan dan hubungan antara perkataan atau dengan kata lainnya ia merupakan satu kebolehan mempelajari pelbagai bahasa.
Darjah kecerdasan yang kedua pula adalah darjah kecerdasan spatial yang merupakan satu kebolehan mencipta benda di alam ini dan kemudiannya melahirkan semula gambaran tersebut di dalam minda.
Darjah kecerdasan yang seterusnya adalah darjah kecerdasan muzik atau irama. Darjah kecerdasan muzik atau irama ini merupakan satu kebolehan mengenalpasti irama, intonasi dan seni suara.
Darjah kecerdasan yang keempat adalah darjah kecerdasan kinestetik. Darjah kecerdasan kinestetik adalah satu kebolehan menggunakan fizikal badan dan kemudiannya mencipta semula perlakuan perasaan fizikal.
Darjah kecerdasan yang kelima pula adalah darjah kecerdasan logik matematik. Darjah kecerdasan logik-matematik adalah satu kebolehan melakukan penakulan atau mencari sebab-musabab sesuatu perkara.
Darjah kecerdasan yang keenam adalah darjah kecerdasan interpersonal. Darjah kecerdasan interpersonal merupakan satu kebolehan seseorang individu itu berinteraksi, memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan perlakuan seseorang yang lain.
Darjah kecerdasan yang terakhir adalah darjah kecerdasan intrapersonal. Darjah kecerdasan intrapersonal ini merupakan satu kebolehan seseorang individu itu memahami kemahuan, matlamat dan perasaan diri sendiri.
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Beauport dan Gardner inilah ciri-ciri penting dalam kecerdasan emosi di mana darjah kecerdasan dalam otak limbik yang disarankan oleh Beauport serta darjah kecerdasan interpersonal dan intrapersonal yang dikenalpasti oleh Gardner digabungkan.

Kajian Lepas
Secara umumnya, kajian-kajian tentang kecerdasan emosi banyak dijalankan di negara-negara Barat. Di Malaysia, kajian kecerdasan emosi masih kurang dijalankan.
Meyer, Caruso dan Salovey59 juga telah membina satu alat ujian kecerdasan emosi yang dikenali sebagai “Multifactor Emotional Intelligence Scale (MEIS)”. Alat ujian ini mengandungi 12 alat yang telah diklasifikasikan kepada empat kumpulan iaitu persepsi, asimilasi, persefahaman dan pengurusan emosi. Untuk menguji kesahan alat ujian ini, mereka telah membuat kajian terhadap 503 orang dewasa dan 229 orang remaja.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat tiga faktor penting dalam analisis MEIS ini iaitu terdapat hubungan yang tinggi dalam persepsi, persefahaman dan pengurusan emosi serta faktor umum seperti empati, pengendalian hubungan, motivasi diri, kesedaran kendiri dan pengurusan emosi di dalam kecerdasan emosi.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umum kecerdasan emosi dengan ukuran verbal kecerdasan emosi serta ukuran self-reported empathy. Kajian ini mendapati wujudnya hubungan yang tinggi di antara persefahaman dengan kecerdasan verbal diikuti dengan pengurusan emosi dan persepsi. Kajian ini juga mendapati bahawa kecerdasan emosi orang dewasa adalah lebih tinggi daripada remaja.
Schutte dan rakan-rakan60 telah membina satu alat ujian sendiri tentang kecerdasan emosi. Alat ujian yang dibina ini adalah berasaskan kepada alat ujian yang dibina oleh Salovey dan Meyer. Alat ini mengandungi 33 item self-reported yang mengukur hubungan yang penting dalam lapan teoritikal konstruk termasuklah kesedaran emosi, pandangan tentang kehidupan, tekanan perasaan, keupayaan untuk mengatur emosi dan sebagainya.

Kurikulum sekolah yang berfokuskan pembela-jaran sosial dan emosi juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan kecerdasan emosi.



Namun begitu, kajian dalam domain kecerdasan emosi ini sebenarnya masih kurang. Akan tetapi, terdapat beberapa kajian lain yang berkaitan dengan emosi seperti kajian yang dijalankan oleh Hawkins dan rakan-rakan61 menunjukkan bahawa kurikulum sekolah yang berfokuskan pembelajaran sosial dan emosi juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan kecerdasan emosi.
Seterusnya, Salovey dan Meyer62 telah membuat kajian secara berperingkat-peringkat terhadap subjek yang terdiri daripada responden terikat dan responden bebas. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memperkenalkan satu teori yang mengaitkan kecerdasan emosi dengan faktor personaliti seperti personaliti mesra dan aktif.
Kajian terakhir yang boleh dikaitkan dengan kecerdasan emosi adalah satu kajian yang dijalankan oleh Liew Phaik Guat Selina, Gan Teck Hock dan Sia Pong Won63 yang menjalankan kajian ke atas pelajar tahun 5 seramai 416 orang di kawasan Miri, Sarawak. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi di antara pelajar lelaki dan perempuan.
Selain itu juga, kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan trend yang positif dalam komponen motivasi dan kesedaran diri. Dari segi pengurusan emosi pula, kebanyakan pelajar berada di tahap sederhana dan kurang memuaskan. Bagi komponen sosial pula menunjukkan bahawa sejumlah 41.6% terletak di bawah tahap kecerdasan emosi yang memuaskan. Manakala bagi komponen kawalan diri pula, pengkaji mendapati bahawa pelajar berada di tahap kecerdasan emosi yang memuaskan.
Menurut Brody dan Hall64, anak-anak perempuan membesar lebih cepat jika dibandingkan dengan anak-anak lelaki. Anak-anak perempuan dikatakan lebih cepat terdedah dengan pengalaman beremosi dan ia akan berjaya melahirkan emosi dan perasaan. Selain itu, anak-anak perempuan dididik dengan cara yang berbeza dengan anak-anak lelaki. Peluang yang banyak dalam memperincikan emosi diberikan kepada anak-anak perempuan dan tidak kepada anak-anak lelaki.
Kajian yang dijalankan oleh Liew Phaik Guat Selina, Gan Teck Hock dan Sia Pong Won65 ke atas pelajar tahun lima di kawasan Miri, Sarawak pula memperlihatkan bahawa kecerdasan emosi daripada komponen kawalan diri pelajar di tahap kecerdasan emosi yang memuaskan tetapi tidak dinyatakan perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan.
Kajian Kyung Hee66 pula memperlihatkan bahawa dalam tiga faktor kecerdasan emosi iaitu empati, penggunaan emosi dan saling berkaitan atau perlu memerlukan antara rakan sebaya, pelajar perempuan mempunyai skor kecerdasan emosi yang tinggi berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan memperlihatkan kesedaran yang lebih tinggi tentang diri dan perasaan terhadap orang lain berbanding pelajar lelaki.
Schutte, Malouff, Hall, Haggerty, Cooper dan Golden67 pula telah menjalankan kajian ke atas 346 subjek lelaki dan perempuan dengan menggunakan alat ukuran kecerdasan emosi berdasarkan model yang dibina oleh Salovey dan Mayer. Namun, sekali lagi subjek perempuan dilihat memperolehi pencapaian kecerdasan emosi daripada komponen pengurusan emosi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan subjek lelaki.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Patricks dan Furnham,68 pelajar perempuan dilihat mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Perkara ini boleh dikaitkan dengan keadaan di mana pelajar perempuan dilihat lebih cepat matang dan berupaya dalam menjalin hubungan sosial jika dibandingkan dengan pelajar lelaki yang lambat matang.
Menurut Curtis69, apabila emosi ditekankan atau diajar dengan pembelajaran yang berkaitan dengan kecerdasan emosi melalui kaedah rawatan, perubahan yang lebih baik dari keadaan sebelumnya berlaku dalam diri pelajar-pelajar. Perubahan berlaku walaupun pelajar-pelajar berada di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu kelas Pengajian Sosial/English Moden, kelas Psikologi dan kelas sukarelawan pelajar pintar. Menurut Curtis lagi, kelas bimbingan diadakan dan hasilnya wujud peningkatan dalam pengurusan emosi.
Jika dilihat pula dalam konteks negara Malaysia, pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah dilaksanakan secara tidak langsung dan tidak dijadikan satu subjek yang khas70. Dalam masyarakat Malaysia, kejayaan seseorang pelajar biasanya diukur berpandukan bilangan gred A yang diperoleh dalam peperiksaan.

Dalam masyarakat Malaysia, kejayaan seseorang pelajar biasanya diukur berpandukan bilangan gred A yang diperoleh dalam peperiksaan. Kesan yang diperoleh adalah sistem persekolahan di Malaysia pernah dikatakan sebagai sistem yang terlalu menekankan peperiksaan serta bergantung kepada sijil-sijil peperiksaan awam.



Kesan yang diperoleh adalah sistem persekolahan di Malaysia pernah dikatakan sebagai sistem yang terlalu menekankan peperiksaan serta bergantung kepada sijil-sijil peperiksaan awam71. Oleh kerana Curtis mengkaji tahap kecerdasan emosi berdasarkan kelas, pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan pergantungan kepada keputusan peperiksaan awam.

Kecerdasan Emosi: Kebakaan Atau Persekitaran
Kecerdasan emosi yang tinggi di kalangan remaja pelajar sebenarnya berkait rapat dengan kecerdasan intelektual mereka. Remaja pelajar yang tinggi kecerdasan emosinya, kebanyakannya memperlihatkan prestasi akademik yang tinggi dan memuaskan. Namun begitu, persoalan yang timbul dalam melihat tahap kecerdasan emosi remaja pelajar ini adalah apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan kecerdasan emosi. Adakah ia berasal daripada faktor kebakaan atau berasal daripada faktor persekitaran.
Jika dilihat kepada faktor kebakaan, anak-anak yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan, berasal daripada baka atau dikaitkan dengan ibu bapa yang mempunyai kecerdasan emosi pada aras yang sama juga. Kecerdasan emosi yang ada pada individu remaja itu memang sedia ada dalam diri individu remaja itu sejak lahir lagi. Ibu bapa yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang baik akan melahirkan anak yang sedemikian juga.
Bagaimanapun, penulis berpendapat faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam tahap kecerdasan emosi seseorang individu remaja. Apa sahaja yang berlaku di persekitaran, mampu mempengaruhi seseorang individu untuk bertindak mengikut keadaan yang berlaku di sekitarnya. Maka, dalam konteks ini, ibu bapa dan guru serta rakan sebaya memainkan peranan penting dalam memberi didikan dan membawa perubahan kecerdasan emosi diri remaja tersebut.
Kajian lepas menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya bagi remaja lelaki, terdapat hubungan yang signifikan di antara takat perkembangan emosi dengan takat perkembangan emosi ibu bapa72. Ada juga kajian lain menunjukkan bahawa paras perkembangan emosi ibu mempengaruhi fungsi tahap emosinya sekurang-kurangnya satu tahap lebih tinggi.

Dalam masyarakat Malaysia, kejayaan seseorang pelajar biasanya diukur berpandukan bilangan gred A yang diperoleh dalam peperiksaan. Kesan yang diperoleh adalah sistem persekolahan di Malaysia pernah dikatakan sebagai sistem yang terlalu menekankan peperiksaan serta bergantung kepada sijil-sijil peperiksaan awam.



Oleh itu, modeling tahap emosi yang lebih tinggi boleh meninggikan perkembangan emosi anak. Menurut Parikh73 pula, ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan perbincangan isu-isu secara terbuka dan demokratik boleh meninggikan perkembangan emosi. Begitu juga, ibubapa yang menggunakan teknik induktif dalam disiplin.
Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya” perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik74. Semakin awal kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan anak-anak.
Kehidupan dalam keluarga merupakan sekolah awal untuk mempelajari emosi. Perkara-perkara seperti bagaimana anak-anak itu merasa tentang diri mereka, bagaimana orang lain memberikan tindak balas terhadap tingkah laku mereka, bagaimana pula mereka memikirkan perasaan itu, apakah pilihan-pilihan yang perlu dibuat, bagaimana mengeluarkan perasaan yang mengharapkan sesuatu dan bagaimana menghindarkan diri dari rasa takut, tertekan dan sebagainya.
Terdapat beberapa gaya keibubapaan yang boleh mengganggu kecerdasan emosi anak-anak. Pertama, ibubapa yang tidak mempedulikan atau menghiraukan emosi anak-anak75. Ibu bapa yang sebegini beranggapan bahawa gangguan emosi anak-anak merupakan perkara biasa. Mereka tidak pernah menyediakan ruang masa mahupun peluang dalam membantu anak-anak mengatasi gangguan emosi tersebut.
Kedua, ibu bapa yang terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak tanpa sebarang kawalan. Ibu bapa yang sedemikian rupa akan membiarkan sahaja anak-anak mereka membuat sesuatu perkara tanpa had dan hala tujuan tertentu. Namun, apabila anak-anak mereka ini telah melampaui batas dan terlalu mengikut dorongan nafsu serta agresif, barulah ibu bapa tersebut mengambil tindakan yang agak keras.
Gaya keibubapaan yang boleh mengganggu kecerdasan emosi anak-anak yang terakhir adalah ibu bapa yang selalu merendah-rendah, memperkecil dan seterusnya menghina perasaan anak-anak. Ibu bapa seperti ini selalunya akan bertindak kasar dan keterlaluan dalam memberikan kritikan dan dendaan. Ibu bapa ini akan mendera anak-anaknya dengan cara yang agak kejam hingga menyebabkan anak-anak tertekan dan mengalami gangguan perasaan atau sakit jiwa.
Gaya keibubapaan yang diutarakan di atas bukan sahaja boleh merendahkan kecerdasan emosi tetapi juga boleh menyebabkan anak-anak mengalami masalah mental. Menurut Robert Post76, hasil kajian telah mendapati bahawa tekanan, deraan dan dadah boleh menimbulkan sel lembaga atau “gent” yang dipanggil “C-fos”. Lembaga C-fos ini akan mengempil kepada sel otak. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan sel sesaraf dan rangkaian otak. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya “short-circuit” dalam rangkaian otak dan jiwa anak-anak akan tertekan yang boleh menyebabkan anak-anak mengalami masalah mental.
Terdapat juga ibu bapa yang bersikap sederhana, tidak terlalu berkeras dan tidak terlalu lembut serta sentiasa mencari peluang membimbing anak-anak memahami perasaan dan emosi. Ibu bapa seperti inilah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan bakal membina kecerdasan emosi yang tinggi di dalam anak-anak mereka juga.
Dalam mendidik anak-anak, mereka cuba memahami apa yang dirasakan oleh anak-anak mereka. Bantuan dengan cara yang positif bagi melegakan perasaan anak-anak yang beremosi. Memahami konsep penghargaan diri, motivasi diri, penglahiran hasrat diri dan keyakinan diri adalah bimbingan yang perlu dari ibu bapa terhadap anak-anak.
Selain itu, ibu bapa ini juga akan membimbing anak-anak untuk menguasai kemahiran yang spesifik seperti kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta komunikasi berkesan. Ibu bapa ini akan membantu anak-anak agar tahu mengawal fungsi otak dan cara mengubah biokimia emosi.
Bagaimanapun, jika kita memperhatikan keputusan-keputusan yang diambil oleh kebanyakan individu dalam kehidupan seharian mereka, ternyata keputusan-keputusan yang dibuat dan diambil adalah lebih banyak ditentukan oleh emosi berbanding akal yang waras. Maka kita dapat lihat di sini, emosi sangat mempengaruhi kehidupan seseorang individu manusia ketika mana dia ingin membuat keputusan. Amat jarang sekali, seseorang individu itu mengambil sebarang keputusan berdasarkan pemikiran yang rasional. Sebaliknya, mereka lebih mengambil sesuatu keputusan tersebut berdasarkan emosi.
Kecerdasan emosi merupakan satu kemahiran yang melibatkan individu itu mengawal atau mengawasi diri sendiri dan juga individu lain dalam menghadapi sebarang permasalahan serta boleh membezakan sesuatu keadaan diri sendiri dan juga keadaan individu lain atau dengan kata lain, kemampuan seseorang individu itu mengendalikan emosi dan menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yang negatif atau yang mendatangkan keburukan sama ada untuk diri sendiri juga orang lain.

Jika dikaitkan dengan Islam, kecerdasan emosi atau kemam-puan seseorang individu me-ngendalikan emosi dan menahan diri disebut sebagai sabar. Orang yang paling sabar adalah mereka yang paling tinggi dalam kecerdasan emosinya.



Jika dikaitkan dengan Islam, kecerdasan emosi atau kemampuan seseorang individu mengendalikan emosi dan menahan diri disebut sebagai sabar. Orang yang paling sabar adalah mereka yang paling tinggi dalam kecerdasan emosinya. Individu ini biasanya tabah dalam menghadapi kesulitan, tekun dalam membuat sesuatu perkara dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai cobaan. Kesulitan dan cobaan tidak mengganggu emosinya.
Pendidikan akhlak dalam Islam merangkumi nilai-nilai murni seperti nilai moral, etika, adab, tingkah laku, sifat-sifat luaran dan dalaman serta perangai. Untuk ketahanan diri, ibu bapa perlulah memberi penekanan ilmu tauhid kepada anak-anak. Anak-anak tanpa didikan tauhid, ibadah dan akhlak yang mulia adalah tidak lengkap. Cerita-cerita yang boleh dijadikan contoh dan model kehidupan boleh digunakan dalam mendidik anak-anak.

Cara Membina dan Mengawal Emosi Agar Sentiasa Cerdas
Kehidupan di kawasan bandar sebenarnya menjadi salah satu sebab berubahnya kehidupan seseorang individu remaja. Mereka lebih terdedah kepada kehidupan yang penuh sosial dan terbuka serta memperolehi sesuatu perkara atau maklumat lebih cepat jika dibandingkan dengan para remaja yang berada di luar bandar.
Untuk itu, setiap individu itu perlu diajar dan dibimbing cara-cara mengawal perasaan marah, kurang sabar dan agresif dengan menggunakan cara yang positif. Di antara cara-cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana, kita semua boleh mencuba beberapa perkara seperti mengenal emosi diri sendiri, mengurus emosi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi.
Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan.

Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut.



Cara lain mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengurus emosi diri sendiri. Dalam konteks ini, seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi itu datang tanpa diundang tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif.
Cara yang seterusnya adalah mengenali emosi orang lain. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk mengenali, memasuki dan menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati. Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila ada individu lain yang mahu mencurahkan emosi mereka.
Cara yang keempat dalam mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah memotivasikan emosi yang negatif. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif.
Cara yang terakhir adalah mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta berupaya mengurus diri sendiri, maka perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan. Perhubungan dan keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh mengekspresikan pemikiran secara aktif tanpa diwarnai dengan kemarahan.
Melalui beberapa perkara yang diterangkan di atas, ia boleh digunakan untuk mengawal emosi agar stabil dan sederhana, beberapa unit organisasi yang terlibat perlu membantu seseorang individu. Di antara unit organisasi yang perlu membantu adalah seperti ibu bapa dan sistem pendidikan di Malaysia.
Ibu bapa merupakan agen yang utama dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak. Remaja yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan adalah berasal daripada keluarga yang mempunyai ibu bapa yang juga mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan.
Dalam hal ini, ibu bapa yang arif dan berpengalaman dalam banyak perkara perlulah menjadi mentor iaitu pembimbing atau penasihat serta jurulatih kepada anak-anak mereka pada setiap peringkat umur dan keadaan. Mereka iaitu ibu bapa bolehlah menggunakan peristiwa-peristiwa emosi dalam kehidupan anak-anak seperti marah, suka, duka, geram, irihati, takut, murung dan sebagainya dengan menjelas dan menyatakan bahawa emosi-emosi sedemikian merupakan situasi yang normal. Tetapi ia perlu diseimbangkan mengikut kesesuaian dan tidak menjejaskan diri dan individu yang lainnya.

Cara lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam mening-katkan kecerdasan emosi anak-anak yang berada di usia remaja adalah meminta maaf sekiranya ibu bapa bersalah sekalipun kesalahan itu kecil pada tanggapan diri ibu bapa tersebut.



Selain itu juga, ibu bapa perlulah menjelaskan kepada anak-anak tentang cara bagaimana membaca bahasa badan dan memahami perasaan diri dan individu yang lain iaitu yang dikenali sebagai empati.
Ibu bapa juga boleh memberikan kepada anak-anak yang remaja satu atau dua pekerjaan yang membolehkan mereka menyelesaikannya dengan baik. Cara ini perlulah dimulai dari kecil dan amat penting pada usia remaja. Jika mereka boleh berdikari, mereka harus memiliki nilai-nilai yang kuat yang ibu bapa tanamkan sebaik mungkin. Ibu bapa seharusnya memerhati dan kemudiannya menegur sekiranya perkara yang dilakukan terkeluar dari landasan yang sepatutnya.
Cara lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak yang berada di usia remaja adalah meminta maaf sekiranya ibu bapa bersalah sekalipun kesalahan itu kecil pada tanggapan diri ibu bapa tersebut.
Meminta maaf atas kesalahan yang ibu bapa lakukan menunjukkan kepada anak-anak remaja bahawa ibu bapa tersebut menghormati mereka sebagai seorang yang dewasa. Ibu bapa tersebut dapat mengurangkan perasaan takut terhadap sikap yang kurang serta ia boleh mencegah wujudnya sifat kebencian antara ibu bapa dan anak-anak.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia pula, terdapat dua elemen yang boleh membantu pelajar-pelajar ini mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Dua elemen ini adalah pendidik atau guru dan sekolah.
Bagi elemen yang pertama dalam sistem pendidikan Malaysia, program-program seperti Sekolah Penyayang, Kem Motivasi dan sepertimana yang telah sedia ada di kebanyakan sekolah merupakan antara program yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran kecerdasan emosi yang boleh dan telah lama diwujudkan oleh pihak sekolah.
Selain daripada itu, subjek-subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga dan beberapa subjek lain merupakan subjek-subjek yang boleh menerapkan nilai-nilai dan situasi kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan.
Intervensi boleh dilaksanakan di peringkat awal bagi meningkatkan lagi kecerdasan emosi seseorang individu itu. Intervensi adalah campurtangan dalam urusan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Untuk itu, elemen yang kedua iaitu pendidik, tidaklah perlu menunggu sehingga wujudnya kes disiplin yang mana kemudiannya pelajar tersebut dikehendaki berjumpa dengan guru disiplin atau guru kaunselor untuk dibimbing atau dipulihkan.
Hukuman merupakan satu tindakan yang perlu dielakkan oleh para pendidik kerana pada asasnya hukuman dari pendidik atau guru terhadap pelajar tidak mampu mengembangkan emosi secara wajar. Akibat buruk di masa-masa akan datang adalah pelajar-pelajar ini tidak boleh berdikari, kurang berinisiatif, kurang kepercayaan diri bahkan cenderung menjadi seorang yang pemalu dan penakut.
Para pendidik perlulah menyelitkan pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum dan ko-kurikulam di sekolah. Sebagai contohnya, sesi suaikenal pada hari pertama persekolahan, menggalakkan para pelajar berkenal-kenalan dan memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sama seperti ibu bapa, para pendidik boleh menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar kelas untuk memupuk kemahiran-kemahiran kecerdasan emosi.
Peristiwa-peristiwa seperti penyingkiran, kurang motivasi, tidak ada persetujuan antara dua pihak, pertengkaran, tindakan agresif dan sebagainya adalah antara contoh-contoh realistik yang negatif yang boleh digunakan untuk mengajar kecerdasan emosi. Kesedaran melalui tayangan video dan kaedah main peranan boleh diguna dan diamalkan oleh para pendidik dalam memberi kesedaran tentang kecerdasan emosi terhadap pelajar-pelajar.
Kecerdasan emosi perlu diajar dan diterapkan kepada semua individu pelajar bagi mengelakkan dari berlakunya kes-kes negatif yang boleh mengganggu perkembangan kecerdasan emosi. Ini kerana mengelak atau menghindari kes-kes negatif tadi adalah lebih baik dari mengubatinya. Kecerdasan emosi merupakan elemen yang penting dan perlu bagi menjalani dan menghadapi kehidupan pada masa-masa akan datang walaupun tanpa kehadiran ibu bapa, keluarga mahupun para pendidik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MRSM Terendak menang reka cipta antarabangsa di Taiwan


SEPANG 14 Feb. - Tiga pelajar tingkatan lima
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka mengharumkan nama negara
apabila berjaya memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Pemuda
Antarabangsa (IYIE) yang diadakan di Taiwan pada 11 hingga 13 Februari
lalu.
Lebih membanggakan, hasil reka cipta mereka
yang menjadikan air garam atau air laut sebagai sumber tenaga alternatif turut
mencuri perhatian syarikat-syarikat antarabangsa yang bercadang untuk membeli
hak paten reka cipta tersebut.
Pelajar tersebut, Muhammad Dhiyauddin Asyraf
Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal
masing-masing berumur 17 tahun berjaya menghasilkan 'sel garam' yang mempunyai
daya tahan lebih tinggi berbanding sel kering biasa di pasaran.
''Penjanaan elektrik menggunakan air garam
bukanlah konsep yang baru, tetapi kami tidak menggunakan cara yang biasa
sebaliknya mengubah suai selongsong yang digunakan bagi menjana lebih banyak
tenaga.
"Hasil pengubahsuaian ini begitu menakjubkan
dan berupaya menyalakan lampu meja dengan terang selama dua hari, hasilnya
adalah lebih baik berbanding menggunakan bateri sel kering," kata Muhammad
Dhiyauddin kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Selain lampu meja, 'sel garam' yang dihasilkan
turut berupaya untuk menyalakan lampu suluh dan lampu-lampu perhiasan serta
menghidupkan radio.
Muhammad Dhiyauddin berkata, beliau dan dua
rakan yang lain mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menjalankan uji kaji
dan membina prototaip yang diperlukan untuk menyertai pameran reka cipta di
Taiwan.
''Kami mengambil pelbagai inisiatif termasuk
mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTEM) bagi memastikan apa yang berada dalam fikiran boleh dijayakan,"
katanya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman : Jadual Terkini kelas Adab.

Untuk makluman pelajar, kelas adab pada minggu ini adalah dibatalkan kerana digantikan dengan Program Merentas Desa di maktab. Kelas pertama akan bermula minggu depan iaitu minggu B. Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGUMUMAN 3 : KELENGKAPAN KELAS ADAB

Untuk kelas Abad, sila bawa fail poket dan satu buku log panjang untuk nota. Terima kasih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGUMUMAN : TARIKH PENGHANTARAN BORANG BANTUAN KEWANGAN MARA

Assalamualaikum. Untuk perhatian pelajar semua, borang bantuan kewangan perlu dihantar secepat yang mungkin untuk proses penyaringan. Hanya dua homeroom yang telah menghantar borang bantuan tersebut iaitu Homeroom Puan Widawati dan Homeroom Pn.Siti Khajar. Diharapkan homeroom yang lain boleh mewmberi perhatian sewajarnya. Proses pemilihan pertama adalah pada hujung Februari. Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAJUK 2 : PSIKOLOGI PERSONALITI

Pengenalan

Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza – beza, maksudnya tidak ada individu yang benar – benar sama dari sifat – sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza. Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain. Definisi PersonalitiPersonaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu. Faktor Yang Mempengaruhi PersonalitiPersonaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya ialah :Perwarisan,Pengalaman.Budaya.PerwarisanKajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.PengalamanPersonaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak – kanak adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal kerana ibu – ibu menghabiskan banyak masa dengan anak – anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak – anak dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak – anak mereka. Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, dimana tidak kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak – anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak – anak mereka akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.Ibu bapa kucar – kacir dan anak – anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak – anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar – kacir lebih cenderung menghasilkan anak – anak yang tidak gembira.Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa untuk memberi arahan dan anak – anak hanya menerima arahan) atau demokratik (dimana anak – anak diberi kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak – anak.BudayaTingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli – ahlinya yang baru. Anak – anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka yang terdekat dengan mereka. Faktor – faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun sosial boleh membentuk personaliti ahli – ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik, komuniti dan malahan kelompok sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti. Teori Humanistik Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi. Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar – pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk personaliti seseorang. TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERSLatar Belakang Carl RogersDilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS